Terengganu Inc meterai MoU dengan syarikat multinasional Oman

Terengganu Inc meterai MoU dengan syarikat multinasional Oman

AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) bertukar dokumen MoU bersama Mohamed Al Barwani di Muscat, Oman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc), anak syarikat kerajaan negeri memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan MB Holding LLC, sebuah kumpulan syarikat multinasional berpusat di Oman bagi meneroka potensi pelaburan dan perniagaan untuk kepentingan bersama.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perjanjian tersebut akan membuka ruang kerjasama erat yang lebih luas dengan eksplorasi tenaga, minyak dan gas, penjagaan kesihatan, perkilangan serta pelancongan. 

Menurutnya, kerjasama strategik itu juga dijangka mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan baharu dalam usaha-usaha kerajaan negeri memperbaiki taraf hidup rakyat Terengganu di masa hadapan.

“Kedua-dua pihak akan secara efisien melaksanakan pembangunan secara komersial termasuk sektor minyak dan gas, penjanaan tenaga dan lain-lain industri huluan yang melibatkan di kawasan pengoperasian bagi pembangunan di kawasan terlibat. 

“Ini adalah kerjasama kali pertama Terengganu bersama Oman melalui Petrogas Sisma dan Petrogas E&P Oman, yang merupakan anak syarikat MB Holding LLC. 

“Saya berharap kedua-dua pihak komited memastikan perancangan bagi ekplorasi ini agar dapat memacu pembangunan Terengganu,” katanya selepas majlis menandatangani dokumen tersebut mewakili delegasi kerajaan Terengganu di Muscat, Oman, semalam.

Pada majlis itu, MB Holding LLC diwakili oleh Pengerusinya, Dr. Mohamed Al Barwani, manakala TI diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Burhanuddin Hilmi  Mohamed@Harun.

Ahmad Samsuri berkata, jalinan kerjasama tersebut akan meneroka potensi kerjasama industri di Terengganu bagi sektor yang berkaitan antaranya berasaskan minyak dan gas, penjagaan kesihatan, pembuatan serta pelancongan. 

 “Petrogas E&P mempunyai kekuatan dalam  mengendalikan sektor huluan minyak dan gas termasuk ‘Late Life Assets’ di Eropah, Asia Barat dan Afrika, dengan pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari. 

“Dengan kekukuhan perniagaan dan pengalaman yang dimiliki oleh Petrogas, eksplorasi perniagaan ini dijangka membuka ruang lebih besar untuk hubungan perniagaan jangka panjang di Terengganu secara khususnya dan Malaysia amnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×