KUALA LUMPUR: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarkan Hijrah27, sekali gus memperkukuhkan pelan transformasi strategik yang menetapkan hala tuju masa depan industri takaful. Pengerusi MTA, Elmie Aman Najas berkata, industri Takaful telah berkembang dengan pesat dalam tempoh empat dekad, bermula dari penetapan prinsip-prinsip dan rangka kerja asas hingga perluasan kehadirannya di pasaran dan penaiktarafan struktur tadbir urus. “Peningkatan kadar penembusan juga menggalakkan dengan lonjakkan kepada 20 peratus berbanding 15 peratus, mencerminkan…