PETALING JAYA: UOB Malaysia melancarkan Program Pembiayaan Vendor Mampan (SVFP) bagi menyokong sektor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Malaysia dalam usaha nyahkarbon dan peralihan tenaga. Bank itu turut memperuntukkan sehingga RM1 bilion untuk membiayai pembekal OGSE yang menyertai Program Sokongan Pembekal Petronas (PSSP). Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, pelancaran program itu menunjukkan komitmen mereka dalam membantu sektor OGSE Malaysia beralih ke arah kemampanan. “Petronas…










