The Lume, pangsapuri mewah hias Pulau Andaman

The Lume, pangsapuri mewah hias Pulau Andaman

THE Lume bakal menjadi salah satu bangunan ikonik di Pulau Andaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUMPULAN Eastern & Oriental  (E&O) melancarkan pembangunan pangsapuri mewah yang bakal menghiasi Pulau Andaman.

Pengsapuri itu adalah selaras dengan pembangunan pelan induk pulau buatan itu seluas 307.56 hektar di Pulau Pinang.

Pengarah Urusan E&O, Kok Tuck Cheong berkata, The Lume adalah sebahagian daripada fasa pertama pelan induk, iaitu 102.4 hektar dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Shoreline Gurney Green dan Canalside. 

“Ketiga-tiga bahagian ini akan berkonsepkan bandar mempunyai jarak masing-masing sekitar 15 minit yang menyokong kawasan kejiranan mesra pejalan kaki dengan akses kepada kemudahan penting dan ruang hijau.

“Berkeluasan 1.3 hektar, The Lume berdiri dengan  261 unit dalam menara 50 tingkat, dengan binaan antara 1,722 hingga 2,874 kaki persegi.

“Setiap tingkat menampilkan hanya enam buah pangsapuri dengan harga bermula dari RM2.2 juta dan projek ini mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM689 juta,” katanya.

Selain itu, Tuck Cheong berkata, The Lume merangkumi seni kehidupan yang canggih dengan setiap kediaman eksklusif direka untuk memastikan privasi sambil memupuk semangat kemasyarakatan. 

“Ini menjadikan The Lume pilihan yang ideal untuk mereka yang mencari persekitaran kerja, kehidupan dan permainan yang seimbang.

“Kemudahan di Lume termasuk kolam berlandskap, ruang istirahat, ruang barbeku, taman permainan, kolam handuk, ruang kerja bersama, bilik mesyuarat dan kawasan majlis.

“Malah, pembangunan ini juga menampilkan ruang mesra haiwan peliharaan,” ujarnya. 

Dari segi ketersambungan, jelasnya, penduduk Pulau Andaman akan dapat mengakses dua jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan mudah.

“Perkembangan ini mewujudkan penanda aras baharu untuk ruang kediaman masa depan di Pulau Andaman. 

“Di mana inovasi, kesejahteraan dan kehidupan harmoni saling berkait, mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memenuhi aspirasi penduduk perumahan ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN