PETALING JAYA: PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC) di bawah Pelaburan MARA Berhad, melantik Datuk Mohd. Idzwan Izuddin Ab. Rahman sebagai Pengerusi baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 30 September 2024. PMB Investment berkata, pelantikan itu menandakan satu pencapaian penting bagi PMB Investment dalam usaha mengukuhkan pertumbuhan dan kepimpinannya dalam sektor pelaburan Islam. “Kami yakin bahawa kepakaran luas Datuk Mohd Idzwan dalam sektor awam…