Crescendo bina Senyum Residences setinggi 48 tingkat

Crescendo bina Senyum Residences setinggi 48 tingkat

GOOI Kai Shin (kanan) bersama Pengurus Besar Crescendo, Lee Kim Chai menunjukkan model kediaman Senyum Residences, Johor Bahru Johor.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat Crescendo Landmark Sdn. Bhd., akan membina Senyum Residences, blok berkembar 48 tingkat yang menterjemahkan kehidupan metropolitan di bandar raya ini.

Penginapan mewah yang dibina di tengah-tengah bandar raya ini dilengkapi pelbagai kemudahan, antaranya rumah kelab, dewan pelbagai guna, gimnasium, kolam renang, stesen pengecas kenderaan elektrik dan pusat jagaan kanak-kanak.

Pengarah Projek Senyum Residences, Gooi Kai Shin berkata, bangunan pencakar langit itu mempunyai 1,257 unit kediaman yang terbahagi kepada 10 jenis dengan berkeluasan antara 424 kaki persegi sehingga 1,167 kaki persegi bermula pada harga RM513,000 sehingga RM1.5 juta.

“Di Senyum Residences, setiap butiran direka dengan teliti untuk mencapai standard kualiti tertinggi demi keselesaan penghuninya.

“Reka bentuk yang inovatif, rumah kelab eksklusif dengan kemudahan gaya resort, landskap yang direka dengan indah dan Sistem keselamatan  canggih dan ‘co-working space’ yang berdedikasi.

“Setiap elemen diselitkan dengan butiran kemas untuk menjadikannya sebuah penginapan luar biasa,” katanya pada majlis pecah tanah yang disempurnakan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman, baru-baru ini

Kai Shin berkata, kerja pembinaan blok berkembar itu mula dilaksanakan pada Jumaat lalu dan dijangka akan mengambil masa hampir empat tahun untuk disiapkan.

Menarik mengenai lokasi penginapan mewah itu, katanya, ia terletak kira-kira 1.5 kilometer daripada depoh stesen Sistem Transit Rapid (RTS) yang memudahkan pekerja Malaysia di Singapura untuk berulang-alik.

“Pihak pengurusan Senyum Residences turut menyediakan perkhidmatan bas harian untuk menghantar penghuni ke stesen RTS secara percuma selama dua tahun. 

“Ini bukan sahaja menarik pembeli dalam kalangan pekerja Malaysia, malah turut menyasarkan pembeli warga Singapura kerana memudahkan mereka berulang-alik selain kos hidup lebih rendah di negeri ini,” katanya.

Beliau menjangkakan keseluruhan unit mampu terjual dalam tempoh enam bulan hingga setahun memandangkan projek RTS akan beroperasi secara rasmi pada 2027.

“Sebanyak 40 peratus daripada unit ini adalah lot Bumiputera, kita tak lihat menjadi isu menjual unit ini kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi ketika ini, sasaran jualan itu mampu dicapai,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN