PETALING JAYA: Pakar penjagaan kesuburan terkemuka, Alpha IVF Group Berhad (Alpha IVF Group) sedang dalam pengembangan geografi di Indonesia dengan menubuhkan klinik satelit pertama di daerah mewah iaitu Pantai Indah Kapuk di Jakarta. Kumpulan baru-baru ini membuka cawangan di Filipina dan China, sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan serantaunya. Dengan Indonesia menjadi pasaran yang paling pesat berkembang untuk perkhidmatan In-Vitro Fertilization (IVF), pengembangan kumpulan ke negara itu adalah tepat pada masanya…