PETALING JAYA: Pemaju hartanah mengekalkan prospek ‘neutral’ bagi pasaran hartanah untuk separuh kedua tahun ini, tetapi lebih optimis untuk separuh pertama 2025, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda). Presidennya, Datuk Ir Ho Hon Sang berkata, pemaju akan berhati-hati untuk meningkatkan harga hartanah bagi separuh kedua tahun ini memandangkan 40 peratus daripada pembangunan hartanah kediaman yang dibangunkan tergolong dalam harga kawalan. Katanya, ini termasuk projek perumahan di bawah skim seperti…










