PETALING JAYA: FGV Holdings Bhd. melantik Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO), Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) mengantikan Datuk Mohd Nazrul Izam Mansor. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, Mohd Nazrul meninggalkan syarikat itu kerana kontraknya berakhir pada 1 September 2024. Mohd Nazrul memegang jawatan tersebut pada 2021. FGV berkata, Mohd Hairul yang berusia 54 mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewangan…










