Lexis Group tawar hotel mewah bertaraf lima bintang 

Lexis Group tawar hotel mewah bertaraf lima bintang 

IMPERIAL Lexis Kuala Lumpur dibangunkan dengan GDV RM720 juta dan mula operasi sejak Disember 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEXIS Group menawarkan hotel baharu, Imperial Lexis Kuala Lumpur yang menetapkan standard baharu dalam kehidupan mewah serta hospitaliti bertaraf dunia dan bersedia untuk menjadi mercu tanda ikonik terbaharu di bandar ini.

Pembangunan 53 tingkat dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM720 juta yang telah siap sepenuhnya dan mula operasi sejak Disember 2023 itu menjadi satu-satunya aset di Kuala Lumpur yang menawarkan kolam renang peribadi di setiap 439 bilik dan suite servis.

Presiden Lexis Hotel Group, Datuk Prof. Mandy Chew Siok Cheng berkata, pihaknya gembira menyambut tetamu untuk merasai kemuncak kemewahan bandar di Imperial Lexis Kuala Lumpur.

“Sejak saat mereka tiba, tetamu akan disambut dengan hospitaliti kami yang mesra dan tenggelam dalam dunia keanggunan dan keselesaan yang tiada tandingan,” katanya dalam satu kenyataan.

Imperial Lexis Kuala Lumpur menjadi pelopor penggunaan teknologi dalam operasi hariannya, menawarkan daftar masuk mudah alih yang lancar melalui tablet dan peranti mudah alih, ini secara berkesan mengurangkan pergantungan pada bahan bercetak

Sementara itu, bagi pemaju hartanah kumpulan tersebut, Pengarah Urusan KL Metro Group, Datuk Low Tak Fatt berkata, beliau melihat hotel mewah, Imperial Lexis yang dibina di tengah bandar raya Kuala Lumpur mendapat sambutan yang positif.

“Sebagai pemaju, kami positif dan sambutan baik dari pelanggan terutama dari ekspatriat juga amat menggalakkan.

“Lebih unik, di Imperial Lexis kami menawarkan satu ‘sky deck’ yang menjadi tarikan kepada pengunjung ke hotel tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Imperial Lexis menawarkan sebanyak 439 bilik yang memenuhi keperluan pelbagai segmen pelanggan termasuk, 272 Sky Pool Villas (569 hingga 1,062 kaki persegi) dan 164 Suite mewah (795 hingga 1,157 kaki persegi) serta tiga Penthouse Suite.

Di Imperial Lexis, setiap penginapan direka dengan teliti dengan pelbagai kemudahan eksklusif, termasuk katil bersaiz king yang selesa, bilik mandi luas dengan pancuran mandian berasingan, almari pakaian berjalan dengan rak bagasi, Wi-Fi percuma, kemudahan kolam mandi yang direka khas dan perkhidmatan peribadi.

Lebih menarik, tetamu boleh meningkatkan pengalaman mereka dengan naik ke tingkat 51, di mana kemudahan yang mewah menawarkan pemandangan cantik dan pencakar langit ikonik bandar ini termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Menara 118.

Di Imperial Lexis anda boleh memilih, untuk bersantai di Sky Infinity Pool, kekal aktif di gim yang canggih 24 jam, berehat dengan rawatan urut dan kecantikan yang menyegarkan di LexSpa atau melihat pemandangan langit Kuala Lumpur dari SkyDeck.

Terletak strategik di segi tiga emas yang sibuk, hotel mewah ini menyediakan akses mudah kepada tetamu ke tarikan terkenal Kuala Lumpur, termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Merdeka 118, kawasan perniagaan Tun Razak Exchange (TRX), kawasan membeli-belah Bukit Bintang, dan deretan kedai makan di Jalan Alor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN