Kos dan tips masuk rumah baharu

Kos dan tips masuk rumah baharu

PEMERIKSAAN semasa memasuki rumah baharu penting supaya sebarang kerosakan dapat dikenalpasti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETELAH kunci rumah baharu telah diterima dari pemaju, anda sudah tentu tidak sabar lagi untuk membina kehidupan di kediaman impian.

Namun begitu, rumah baharu yang anda terima itu masih lagi tidak lengkap dan memerlukan sedikit pengubahsuaian supaya penguni lebih selesa.

Minggu ini Ringgit akan berkongsi dengan anda mengenai kos dan tips untuk masuk ke rumah baharu supaya anda lebih bersedia dari segi masa dan juga kewangan. 

Periksa kerosakan atau kecacatan pada rumah

Pemeriksaan rumah baharu penting supaya rumah yang akan dapat itu berada dalam keadaan yang baik. 

Anda boleh memilih untuk memeriksa sendiri atau mendapatkan khidmat profesional untuk melakukan pemeriksaan yang menyeluruh. 

Di Malaysia, tempoh liabiliti kecacatan (LDP) untuk rumah di projek baru siap adalah tidak lebih 24 bulan daripada tarikh dapat kunci. 

Oleh itu, anda harus sentiasa peka pada kecacatan lama atau baharu nampak sepanjang tempoh itu.

Periksa hak dalam perjanjian

Baca semula apa hak-hak anda sebagai pembeli dan tawaran yang diberikan.

Ada sesetengah pemaju yang menawarkan perobot, kelengkapan elektrik atau pun kabinet dapur. 

Pastikan semua yang ada dalam perjanjian jual beli disediakan oleh pemaju semasa anda mendapat rumah baharu dan semuanya berfungsi dengan baik.

Pendawaian rumah

Kebiasaan rumah baharu pendawaian siap dibina. 

Setiap ruang pastinya tersedia ‘point’ soket, lampu, kipas, penghawa dingin, pemanas air dan lain-lain.

Bagaimanapun, bukan semua rumah dipasang siap dengan soket dan perlalatan ini. 

Kebanyakan rumah memerlukan anda mengeluarkan modal untuk memasang soket dan peralatan itu sendiri. 

Kos untuk memasang soket adalah bermula dari RM60 dan untuk memasang kipas bermula dari RM90. 

Oleh itu, anda perlu menyediakan modal secukupnya bergantung jumlah soket dan peralatan yang akan dipasang di rumah tersebut. 

Ubah suai kabinet dapur

Jika anda mempunyai bajet yang terhad, mengubahsuai keseluruhan rumah mungkin mengambil modal yang banyak. 

Oleh itu, ramai yang akan memilih untuk mengubahsuai bahagian dapur terlebih dahulu supaya mempunyai ruang yang selesa untuk memasak. 

Dalam pada itu, mempunyai kabinet dapur juga dapat menjadikan ruang itu nampak lebih kemas kerana barangan rumah dapat disimpan di dalamnya. 

Harga untuk membuat kabinet dapur yang asas kira-kira RM5,000 bergantung kepada saiz dapur anda. 

Untuk jimat lagi, anda juga boleh memilih set kabinet dapur daripada Ikea dan memasang sendiri. 

Peralatan elektrik 

Peti ais, mesin basuh, pendingin hawa, kipas dan pemanas air adalah antara peralatan elektrik utama yang selalunya diperlukan untuk rumah baharu.

Ada sesetengah pemaju yang menawarkan peralatan ini sebagai imbuhan semasa belian rumah. 

Namun, jika ia tidak termasuk dalam perjanjian jual beli anda, maka kos untuk membeli peralatan ini perlu diambil kira dengan lebih awal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN