Untung bersih Boustead Heavy Industries naik 5 kali ganda kepada RM25.16j - Utusan Malaysia

Untung bersih Boustead Heavy Industries naik 5 kali ganda kepada RM25.16j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) kembali mencatatkan untung bersih dengan lonjakan lebih lima kali ganda kepada RM25.16 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024, berbanding RM5.05 juta yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Syarikat sebelum ini melaporkan kerugian bersih sebanyak RM6.67 juta pada suku pertama lalu.

Dalam pemfailan di Bursa Malaysia, BHIC berkata, prestasi lebih baik didorong terutamanya oleh penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang lebih tinggi dalam kontrak kapal selam.

Bagi suku yang sama, BHIC melaporkan hasil sebanyak RM100.97 juta berbanding RM32,79 juta pada tahun sebelumnya dan peningkatan RM81.8 juta daripada suku pertama tahun kewanagn semasa.

Pada suku tinjauan, peruntukan cukai sebanyak RM9.2 juta boleh dikaitkan dengan keuntungan yang diperoleh daripada kontrak kapal selam.

Sementara itu, bagi tempoh enam bulan pertama pula, BHIC turut merekodkan untung bersih sebanyak RM18.49 juta, berbanding rugi bersih RM1.45 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya, manakala hasil naik kepada RM120.12 juta daripada RM36.16 juta.

Mengulas mengenai prospek, BHIC berkata, pemegang saham telah memberi kelulusan terhadap cadangan pelupusan saham kami dalam Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.) kepada Ocean Sunshine Berhad, sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

Katanya, perjanjian penyelesaian penghutang perdagangan antara syarikat pada 30 April 2024 telah membenarkan kumpulan untuk menyusun semula strategi dan memfokus semula pada hala tuju syarikat untuk bergerak ke hadapan dan akhirnya mencipta nilai kepada para pemegang saham.

“Penyelenggaraan kemudahan kapal selam ISS2 dan kapal selam untuk Tentera Laut Diraja Malaysia dan sokongan perkhidmatan interim (ISS) untuk kontrak helikopter EC725 Tentera Udara Diraja Malaysia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kami pada tahun kewangan 2024.

“Kami komited untuk menjadi pemain utama dalam industri selaras dengan komitmen tegas Kerajaan Malaysia untuk melindungi pertahanan dan keselamatan negara serta mempelbagaikan asas pendapatan kami dalam segmen komersial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN