PETALING JAYA: Kenanga Research menjangkakan jumlah volum industri (TIV) untuk tujuh bulan pertama tahun 2024 adalah sebanyak 62 peratus daripada unjuran tahunan, iaitu 740,000 unit. Menurut nota penyelidikannya, angka itu lebih rendah daripada unjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 765,000 unit. Firma penyelidikan itu berkata, unjuran TIV untuk tahun kewangan 2024 dibuat dengan lebih berhati-hati kerana pelaksanaan e-Invois dan rasionalisasi subsidi petrol yang dijangka berlaku pada separuh kedua tahun ini.…