Sambal Tok Usop bakal tembusi pasaran luar negara 

Sambal Tok Usop bakal tembusi pasaran luar negara 

YUSRA Nurazura Mohd. Yusoff menunjukkan produk Sambal Tok Usop yang dikeluarkan oleh Yuzeeq Enterprise.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pembuatan sambal, Yuzeeq Enterprise bakal membawa sambal Tok Usop menembusi pasaran luar negara termasuk United Kingdom (UK) selepas mula menerima sambutan pelanggan apabila memperolehi pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Usahawan Sambal Tok Usop, Yusra Nurazura Mohd. Yusoff berkata, dia menerima manfaat yang lebih baik dan mendapat kepercayaan pelanggan sehingga mencapai 30 peratus peningkatan jualan dalam tempoh enam bulan.

“Saya telah memohon pensijilan halal pada Jun 2023 dan menerima kelulusan pada Di­sember 2023. 

“Saya memohon sijil halal bagi memudahkan untuk urusan memasarkan produk ke pasaran termasuk luar negara. Ketika ini, saya juga dalam proses memasarkan produk sambal ke UK,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Yusra Nurazura berkata, sambal Tok Usop merupakan produk berasaskan cili, bawang, ikan masin serta ikan bilis. 

“Kami menyediakan dua jenis produk iaitu sambal ikan masin dan sambal ikan bilis yang sesuai dimakan oleh segenap lapisan masyarakat. 

“Lebih menarik, kedua-dua sambal ini mempunyai kombinasi rasa unik seperti pedas, manis dan masin seolah-olah masakan sambal orang lama,” katanya. 

Setakat ini, produk keluarannya telah memasuki beberapa kedai runcit, stesen minyak di kawasan berdekatan.

“Sambal Tok Usop ini dijual dengan harga RM18 sebotol, manakala sambal paket dengan harga RM10 untuk satu paket sedia untuk dimakan dengan nasi,” katanya yang turut mempunyai ejen dan stokis untuk memasarkan produk.

Sambal Tok Usop yang telah beroperasi sejak lapan tahun itu turut menerima pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan bagi makanan sediaan di rumah dan pensijilan halal daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) pada 2023.

Yusra Nurazura turut menasihatkan usahawan agar memohon pensijilan halal kerana ia merupakan satu platform untuk perniagaan  dan membantu usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka ke peringkat yang lebih baik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN