PETALING JAYA: Ain Medicare Sdn. Bhd. berjaya menembusi pasaran Taiwan dengan mengeksport produk Sodium Chloride Irrigation dan Sodium Chloride IV Infusion dengan nilai RM3.10 juta, berikutan krisis bekalan domestik Taiwan bermula bulan Mei tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Ain Medicare, Redziwan Saari berkata, pihaknya berterima kasih kepada pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Taipei yang telah menghubungkannya dengan pengimport yang berpangkalan di Taiwan. Katanya, perkara tersebut dilakukan menerusi sesi…










