PETALING JAYA: Pengeluar kereta nasional, Proton menjual 15,103 unit pada bulan Julai (domestik dan eksport), mencatatkan permulaan yang kukuh bagi separuh kedua tahun ini dan mengukuhkan kedudukannya di tempat kedua dalam carta jualan automotif. Menurut kenyataannya, volum jualan meningkat sebanyak 37.3 peratus berbanding bulan sebelumnya, apabila penutupan kilang yang dirancang untuk aktiviti penambahbaikan operasi yang dijadualkan memberi kesan kepada angka pengeluaran. Katanya, sebagai hasilnya, ia telah menyebabkan angka pengeluaran penutup…










