PETALING JAYA: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi dan kekal positif pada akhir dagangan pada 1,646.59 hari ini, naik 22.69 mata berbanding 1,623.90 pada penutup Jumaat.
Indeks dibuka tinggi pada 1625.14 mata.
Jumlah dagangan sebanyak 3.866 bilion unit bernilai RM4.263 bilion.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun 674.05 mata kepada 37,388.62 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 0.85 peratus atau 22.87 mata kepada 2,674.36, namun indeks Indonesia pula naik 0.13 peratus kepada 7.441,562.
Dalam pada itu, indeks STI Singapura meningkat 4.38 mata kepada 3,357.72.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, peningkatan Bursa Malaysia itu seiring dengan penurunan terhadap kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).
“Ini apabila data-data ekonomi yang dikeluarkan seperti peningkatan Jualan Runcit (Retail Sales) serta tuntutan manfaat pengangguran (Initial Jobless Claims) yang merosot menguatkan hujah bahawa ekonomi AS masih berada di tahap yang baik.
“Perkara ini telah meningkatkan pasaran ekuiti global dan serantau,” katanya kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN










