PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 7.06 mata kepada 1,660.61 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1653.55 pada penutup semalam. Indeks dibuka tinggi pada 1659.48 mata. Jumlah dagangan sebanyak 149.729 bilion unit bernilai RM95.904 juta. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 214 berbanding 167 dengan 238 kaunter tidak berubah, 1,871 tidak diniagakan. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi…










