PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dengan kerjasama Emerging Journey Asia Sendirian Berhad (EJAsia) menganjurkan program kesejahteraan kewangan dan kesihatan mental di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang. Program yang bertemakan ‘Memperkasakan Kesejahteraan Kewangan Masa Hadapan’ melibatkan lebih daripada 350 pelajar, ibu bapa dan guru itu menyahut seruan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia. Ia merupakan salah satu langkah proaktif Bank…