Agytek mahu terajui ekosistem digital baharu

Agytek mahu terajui ekosistem digital baharu

ABDUL Aziz Shahar (dari kiri) bersama Wei Mei, Tiger Wang, Liu Xiangyang dan Amrin Awaluddin pada majlis pelancaran rasmi Agytek di PJ Hilton Hotel, Petaling Jaya di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Agytek Sdn. Bhd. (Agytek), sebuah inovator baharu dalam teknologi digital dilancarkan secara rasmi hari ini bertujuan untuk membina ekosistem digital yang kukuh di Malaysia, menjadikan negara ini sebagai hab kecerdasan digital industri di Asia Tenggara. 

Syarikat itu, dibentuk melalui kerjasama strategik antara Altel Group Sdn. Bhd. (Altel), anak syarikat Kumpulan Tradewinds dari Malaysia dan GYMD Digital Technology (GYMD), anak syarikat Kumpulan Geely dari China.

Menurut kenyataannya, walaupun baru ditubuhkan pada Mac 2024, Agytek dengan cepat telah membina kedudukan kukuh dalam pasaran digital Malaysia. 

Katanya, syarikat yang tempatankan sebagai penanda aras bagi Industri 4.0, Agytek bersedia untuk menjadi pemain utama dalam industri digital dengan memanfaatkan kejayaannya dalam transformasi digital di 11 industri utama serta sumber daya dan kepakaran teknikalnya yang kukuh. 

“Diperkukuhkan lagi dengan peranannya sebagai ejen tunggal GYMD Digital Technology di Asia Tenggara, Agytek menyokong tadbir urus digital global dan akan menawarkan penyelesaian industri menyeluruh yang terbaik, disesuaikan untuk perusahaan pembuatan, automotif, logistik dan sektor berteknologi tinggi yang lain. 

“Fokus mereka dalam menyediakan penyelesaian perniagaan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan industri digital yang semakin berkembang serta kepakaran mereka dalam kecerdasan digital industri tidak dapat ditandingi,” katanya.

Penggerak utama Agytek, Tiger Wang berkata, komitmen syarikat ini adalh untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital di Asia Tenggara. 

“Perkhidmatan unik yang ditawarkan oleh Agytek, terutamanya dalam menyediakan penyelesaian digital bersepadu yang disesuaikan, akan membuka banyak peluang kerjasama dengan agensi kerajaan dan sektor swasta di Malaysia

“Dalam masa yang sama, boleh membina ekosistem holistik yang kukuh,” ujarnya.

Majlis pelancaran rasmi Agytek yang diadakan di PJ Hilton Hotel, Petaling Jaya.

Yang turut hadir, Penasihat Kumpulan Yayasan Albukhary, Datuk Seri Abdul Aziz Shahar; Ketua Pegawai Eksekutif Geely International Holdings (Malaysia), Dr Wei Mei; Pengerusi GYMD, Liu Xiangyang dan Pengarah Altel, Datuk Seri Amrin Awaluddin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN