Agihan pendapatan ASM 2 Wawasan 4.75 sen seunit - Utusan Malaysia

Agihan pendapatan ASM 2 Wawasan 4.75 sen seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) sebanyak 4.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam kenyataan berkata, ASM 2 Wawasan mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.13 bilion, yang akan memanfaatkan 939,200 pemegang unit.

“Agihan pendapatan ASM 2 Wawasan adalah bersamaan dengan jumlah pulangan sebanyak 4.75 peratus, mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank yang berada pada paras 2.71 peratus sebanyak 204 mata asas.

“Sehingga 26 Ogos 2024, dana tersebut memperoleh jumlah pendapatan kasar sebanyak RM1.54 bilion dan mencatatkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM1.27 bilion.

“Pendapatan untuk ASM 2 Wawasan diperoleh daripada keuntungan modal, pendapatan dividen serta pendapatan-pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa,” katanya.

Jelasnya, pendapatan daripada ekuiti kekal sebagai penyumbang utama dengan pelaburan antarabangsa dan domestik, dengan masing masing menyumbang 48.0 peratus dan 40.6 peratus kepada pendapatan kasar dana.

“Dana tersebut juga telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian portfolio dalam kelas-kelas aset lain, terutamanya Hartanah dan Ekuiti Persendirian yang mewakili 8.6 peratus daripada jumlah Net Aset Bersih (NAB).

“Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 2 Wawasan adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana tersebut.

“Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 September 2024,” katanya.

Urus niaga ASM 2 Wawasan di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platfom digital dan perbankan internet telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 30 hingga 31 Ogos 2024.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my), melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 September 2024, manakala di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 September 2024.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN