Superdough mahu tambah cawangan di luar negara

Superdough mahu tambah cawangan di luar negara

CAWANGAN Superdough di NU Sentral yang bakal dilengkapi dengan jalan cerita yang lebih menarik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pusat hiburan keluarga, Superdough Sdn. Bhd. (Superdough) komited dalam meluaskan perusahaan dengan membuka membuka lebih banyak francais pusat hiburan keluarga itu ke luar negara.  

Ketua Pegawai Eksekutif Superdough, Johnny Ong berkata, fokus utama syarikat pada tahun ini adalah untuk mengembangkan pasaran dan francais keluar negara serta memperkenalkan tema permainan yang baharu.

“Oleh itu, kami sedang berada dalam fasa untuk menambah beberapa cawangan lagi di luar negara antaranya cawangan ketiga di Korea Selatan dan cawangan kedua di Texas, Amerika Syarikat (AS). 

“Kedua-dua cawangan francais baharu ini dijangka akan dilancarkan dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang.

“Setakat ini, kami mempunyai cawangan di Seoul dan Busan di Korea Selatan; Delaware, Amerika Syarikat dan Quebec, Kanada. Pelanggan dari negara luar membeli permainan kami dan mengoperasikan di negara mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Johnny Ong berkata, kesemua rekaan dan pembangunan dilakukan secara anak tempatan dan oleh pasukan Superdough sendiri.

Katanya, selepas menubuhkan Breakout di Avenue K pada  2014 dengan permainan bilik melarikan diri, permintaan terhadap permainan ini sangat baik sehingga berjaya menambah cawangan kedua pada tahun 2015 di NU sentral.

“Kami juga memperkenalkan pengalaman imersif dengan melancarkan Hauntu, yang berasaskan konsep seram dan berhantu dalam memberikan pengalaman yang berbeza kepada pelanggan.

“Sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung membantu syarikat untuk membuka cawangan baru Breakout dan Hauntu di The Curve dan Melaka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, untuk  memastikan jenama dan permainan rangkaian Superdough sentiasa mendapat perhatian daripada orang ramai berapa inisiatif telah diambil seperti mengadakan acara pop-up seperti Hauntu – Lost in Karak dan permainan bilik melarikan diri mini di Abu Dhabi.

“Kami sedang mereka cerita permainan baharu dengan teknologi terkini untuk memastikan jenama kami terus relevan di Malaysia.

“Pada Februari tahun ini, kami baru sahaja melancarkan permainan baharu iaitu Spy Game Junior, sebuah konsep baharu untuk kanak – kanak berumur empat sehingga 12 tahun. 

“Pada April lalu, kami juga menaik taraf satu daripada bilik tema melarikan diri yang bernama Chamber Of Hocus dengan teknologi yang lebih canggih dan memperkenalkan bilik tema dwibahasa,” ujarnya.

Tambahnya, untuk perancangan akhir tahun, Superdough sedang merancang untuk tukar kepada bilik tema baharu di NU Sentral dengan jalan cerita, cabaran dan baharu dengan teknologi lebih canggih.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN