QNET yakin potensi pasaran Malaysia 

QNET yakin potensi pasaran Malaysia 

TREVOR KUNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat rangkaian langsung antarabangsa, QNET melihat potensi  pasaran di Malaysia yang amat baik ketika ini terutama dalam produk berkaitan kesihatan,kesejahteraan dan gaya hidup.

Ketua Pegawai Pemasaran QNET Trevor Kuna berkata, ia selepas penambah baikkan produk keluaran syarikat terbabit dengan teknologi terkini selain pasaran luas produk berkaitan kesihatan.

Justeru, pihaknya menyasarkan peningkatan 25 peratus jualan untuk tahun ini walaupun telah berada di pasaran sejak tahun 2016.

“Namun, sasaran tersebut  kita lebih fokuskan pada produk makanan tambahan EDG3 Plus. Walaupun produk ini dikeluarkan pada 2022 tetapi kini ia telah ditambah baik dengan nutrien tambahan.

“Selain itu, kami yakin pasaran lebih luas untuk produk rangkain kesihatan baharu  seperti  Amezcua Bio Disc 3, Amezcua Chi Pendant 4, dan Amezcua E-Guard X manakala, bagi produk gaya hidup termasuk Home Pure Nova, Home Pure Zayn,” katanya .

Dalam pada itu, Kuna berkata, QNET juga cuba meningkatkan jualan produk lain menerusi pengenalan Amezcua E-Guard X yang menggunakan teknologi sains alam semula jadi untuk melindungi badan daripada radiasi bahaya yang dipanggil e-smog.

“Ramai kalangan pengguna ketika ini sedar bahawa adalah penting untuk menjaga kesihatan menerusi penggunaan peralatan yang baik,”jelasnya.

QNET berpangkalan di Hong Kong adalah antara syarikat jualan langsung berasaskan e-dagang terkemuka di Asia, menawarkan rangkaian luas produk kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup yang membantu memperkasakan usahawan di lebih 100 negara di seluruh dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×