PETALING JAYA: Syarikat rangkaian langsung antarabangsa, QNET melihat potensi pasaran di Malaysia yang amat baik ketika ini terutama dalam produk berkaitan kesihatan,kesejahteraan dan gaya hidup. Ketua Pegawai Pemasaran QNET Trevor Kuna berkata, ia selepas penambah baikkan produk keluaran syarikat terbabit dengan teknologi terkini selain pasaran luas produk berkaitan kesihatan. Justeru, pihaknya menyasarkan peningkatan 25 peratus jualan untuk tahun ini walaupun telah berada di pasaran sejak tahun 2016. “Namun, sasaran tersebut …