PETALING JAYA: Apex Securities mengekalkan saranan ‘pegang’ terhadap Axiata Group Bhd. (Axiata) dengan harga sasaran (TP) lebih rendah iaitu RM2.55 sesaham selepas mengambil kira impak bercampur daripada protes besar-besaran di Bangladesh. Katanya dalam satu nota penyelidikan, peningkatan protes itu dijangka memberi impak minimum kepada Edotco yang dimiliki sebanyak 63 peratus oleh Axiata. “Dalam pada masa sama, kami menjangkakan perintah berkurung akan memberi kesan besar kepada Robi Axiata PLC (Robi) disebabkan…