Kelebihan memilih kondominium

Kelebihan memilih kondominium

KONDOMINIUAM biasanya dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk gimnasium, sauna, taman bertema indah dan restoran sendiri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGENAL pasti jenis hartanah yang betul untuk dibeli memang memeningkan. Ini kerana kedua-dua jenis rumah mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Namun, mungkin pemilihan di antara kedua-dua jenis rumah ini mengikut keperluan, bilangan ahli keluarga dan sebagainya.

Jadi, dalam keluaran RINGGIT kali ini kami senaraikan kelebihan memilih kondominium sebagai rumah anda.

HARGA

Harga rumah teres yang berpatutan boleh dicari, tapi kemungkinan lokasinya terletak agak jauh dari bandar. Sebaliknya, pembangunan kondominium yang mesra harga boleh didapati di kedua-dua kawasan bandar dan pinggir bandar.

Pembinaan kondominium baharu juga selalunya datang dengan pelbagai tawaran seperti kos pendahuluan rendah, diskaun/rebat, peralatan rumah percuma dan lain-lain. Ini menjadikan kondominum pilihan sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin dan profesional muda.

KESELAMATAN

Kondominium mempunyai lapisan keselamatan tambahan melalui kehadiran pengawal, pintu masuk terhad dan kamera.

Ketiadaan tingkat bawah untuk pecah masuk juga memainkan peranan dalam mengurangkan kecurian, satu kelebihan yang tidak dikongsi rumah teres.

Jika anda memilih pemaju yang lebih mewah, anda akan menikmati ciri tambahan seperti kunci pintar, kad kemasukan ke lif dan aras, dan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV).

KEMUDAHAN

Kondominium dan apartmen mewah biasanya dilengkapi pelbagai kemudahan, dari kawalan keselamatan berbilang peringkat hingga ke kolam renang, gimnasium, sauna, taman bertema indah dan restoran sendiri.

Kebanyakan kondominium juga dilengkapi dengan kedai runcit mereka sendiri yang memberi anda keselesaan untuk membeli keperluan asas tanpa perlu keluar dari kawasan rumah.

PULANGAN SEWA LEBIH BAIK

Ini merupakan antara sebab rumah high-rise satu pelaburan yang kukuh. Permintaan terhadap rumah jenis ini sentiasa tinggi dalam kalangan penyewa disebabkan mudah dikunjungi dan lokasinya (kebanyakan terletak berhampiran kemudahan pengangkutan awam).

Biasanya tiada masalah mendapatkan penyewa terutama sekali di kawasan bandar yang ramai penduduk dan kawasan berhampiran institusi pengajian tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×