Kadar pengangguran Malaysia kekal 3.3% pada Mei - Utusan Malaysia

Kadar pengangguran Malaysia kekal 3.3% pada Mei

KADAR pengangguran negara menurun sedikit pada Mei 2024. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar pengangguran Malaysia pada Mei 2024 kekal 3.3 peratus, dengan bilangan penganggur terus menurun kepada 566,100 orang daripada 566,400 orang pada bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kedudukan ekonomi yang optimis pada bulan Mei 2024 membolehkan pasaran buruh negara terus berkembang dengan stabil.

Menurutnya, bilangan tenaga buruh terus mengukuh iaitu 0.1 peratus, dengan merekodkan 17.15 juta orang manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.3 peratus seperti yang dicatatkan pada April.

“Bilangan penduduk bekerja pada Mei 2024 kekal dalam trend positif, dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.1 peratus kepada 16.58 juta orang.

“Bilangan penganggur turun sedikit iaitu sebanyak 0.1 peratus daripada 566,400 orang pada April kepada 566,100 orang pada Mei,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, mengulas mengenai kedudukan guna tenaga, katanya,kategori pekerja merangkumi 75.1 peratus daripada jumlah penduduk bekerja, meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 12.44 juta orang.

Katanya, pada tempoh bulan yang sama, jumlah penduduk bekerja sendiri terus berada pada trend menaik, dengan pertambahan sebanyak 0.3 peratus kepada 3.05 juta orang.

Dalam pada itu, mengulas situasi pengangguran pada Mei, beliau menyatakan penganggur mula aktif mencari pekerjaan iaitu yang merangkumi 79.9 peratus penganggur aktif daripada jumlah penganggur.

“Kategori ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus kepada 452,000 orang. Mengikut tempoh pengangguran bagi penganggur aktif, 61.5 peratus adalah merupakan mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan.

“6.8 peratus lagi adalah mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun,” kata beliau.

Katanya, penganggur tidak aktif atau mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia turun sebanyak 0.8 peratus kepada 114,000 orang.

“Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun turun sebanyak 0.1 mata peratus kepada 10.5 peratus pada bulan Mei 2024, merekodkan 305,600 penganggur belia.

“Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun pula kekal tidak berubah iaitu pada 6.5 peratus, dengan 434,600 penganggur belia berbanding bulan sebelumnya,” jelasnya.

Sementara itu, bagi kumpulan tidak aktif untuk bilangan di luar tenaga buruh pada Mei 2024 mencatatkan penurunan kecil iaitu sebanyak 0.003 peratus kepada 7.23 juta orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya