Firma audit digesa capai prestasi konsisten rentas PIE

Firma audit digesa pergiat usaha capai prestasi konsisten rentas PIE – SC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Firma audit digesa untuk mempergiatkan usaha mereka untuk mencapai prestasi yang konsisten merentas semua tugasan audit Entiti Kepentingan Awam (PIE), kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

SC dalam kenyataan berkata, pihaknya menekankan kepentingan membangunkan bakat dan menangani kebimbangan beban kerja kakitangan untuk mengekalkan audit berkualiti tinggi secara konsisten.

“Kualiti audit merupakan tanggungjawab bersama, justeru AOB terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama untuk memacu penambahbaikan dalam ekosistem pelaporan kewangan,” katanya dalam kenyataan. 

Berdasarkan keputusan pemeriksaan AOB, terdapat sedikit peningkatan dalam prestasi juruaudit pada tahun 2023

“AOB mencatatkan penurunan dalam peratusan tugasan yang diperiksa yang disalurkan untuk penguatkuasaan, kepada 16 peratus pada tahun 2023 daripada 18 peratus pada tahun 2022,” katanya.

Bagaimanapun, SC berkata, terdapat peningkatan keseluruhan dalam tugasan yang memerlukan langkah pemulihan khusus, iaitu perkara yang diawasi oleh AOB dengan teliti.

“Langkah-langkah ini yang dikenakan ke atas firma audit dan rakan kongsi tugasan, bertujuan untuk memacu peningkatan dalam bidang keraguan profesional juruaudit dan kepakaran teknikal dalam piawaian pengauditan dan perakaunan yang berkaitan,” katanya.

SC berkata, pemeriksaan AOB pada tahun 2023 termasuk penilaian 50 rakan kongsi dan 50 tugasan audit merentas 15 firma audit, termasuk sembilan firma audit utama.

“Setiap tahun, AOB memeriksa sembilan firma audit utama yang secara kolektif mengaudit 78 peratus daripada jumlah keseluruhan syarikat tersenarai awam (PLC), iaitu 95 peratus daripada jumlah permodalan pasaran PLC di Malaysia.

Terdapat sembilan firma audit utama tersebut juga secara kolektif mengaudit 1,188 kumpulan wang jadual (SF) dengan nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM675 bilion, iaitu 97peratus daripada jumlah NAB SF di Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×