Pelabur asing beli RM535 juta ekuiti tempatan minggu lalu - Utusan Malaysia

Pelabur asing beli RM535 juta ekuiti tempatan minggu lalu

ekonomi
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing terus menyokong pasaran saham Malaysia dengan aliran masuk bersih berjumlah RM535 juta minggu lalu, selepas merekodkan jualan bersih dalam masa singkat pada minggu sebelumnya, demikian menurut MIDF Research.

Ia merupakan minggu dagangan singkat bersempena dengan cuti umum Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 3 Jun lalu.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur asing membuat belian bersih sebanyak RM253.7 juta pada Selasa lalu, diikuti RM163.6 juta (Khamis) dan RM186.8 juta (Jumaat).

“Mereka membuat jualan bersih dengan pengeluaran sebanyak RM69.1 juta pada Rabu.

“Sektor dengan aliran masuk asing bersih tertinggi pada minggu lepas adalah utiliti sebanyak RM167.5 juta, diikuti pengangkutan dan logistik (RM134.5 juta) dan teknologi (RM115.7 juta),” katanya.

Jelasnya, sektor yang mencatat aliran keluar asing bersih tertinggi adalah perladangan dengan pengeluaran sebanyak RM108.2 juta, diikuti telekomunikasi dan media (RM32.1 juta) dan tenaga (RM22.4 juta).

“Sebaliknya, institusi tempatan kembali membuat jualan bersih sebanyak RM293.5 juta selepas belian bersih dalam masa singkat pada minggu terdahulu.

“Peruncit tempatan selepas melakukan belian bersih dalam masa singkat pada minggu lalu kembali kepada jualan bersih dengan menjual ekuiti bernilai RM242.5 juta,” katanya.

Mengenai penyertaan pula, MIDF Research berkata, purata jumlah dagangan harian menyusut sebanyak 6.3 peratus bagi peruncit, diikuti institusi tempatan (2.7 peratus) dan pelabur asing (21.7 peratus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN