Chery Auto Malaysia perluaskan kehadiran di Malaysia

Chery Auto Malaysia perluaskan kehadiran di Malaysia

PERTUMBUHAN IPP didorong oleh peningkatan 4.9 peratus dalam sektor pembuatan.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Chery Auto Malaysia Sdn. Bhd. bakal memperluaskan kehadiran di negara ini dan menggaji lebih ramai pekerja dengan pelancaran kilang korporatnya di Shah Alam.

Pengerusi Chery Automobile Co. Ltd, Yin Tongyue berkata, ini sejajar dengan perancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pemasangan kenderaan dengan pemanduan di sebelah kanan, terutamanya untuk pasaran ASEAN.

“Malaysia ialah pasaran penting bagi Chery, wawasan kami di sini ialah untuk melangkah maju seiring rakan-rakan tempatan dan pelanggan dalam jangka panjang,” katanya pada majlis pelancaran kilang korporat Chery Auto Malaysia di sini, semalam.

Tahun lalu, syarikat automotif tersebut mengumumkan komitmen pelaburan berjumlah RM1 bilion di Malaysia.

Majlis sama turut menyaksikan pengeluaran pertama model kenderaan ulitili sukan (SUV) premium, Jaecoo J7 pemasangan tempatan yang dipasang di kilang berkenaan.

Kilang tersebut bakal memfokuskan kepada pemasangan model jenama Jaecoo, yang merupakan sub-jenama premium bagi Chery.

Tongyue berkata, pembukaan kilang ini telah mencipta 500 pekerjaan baharu dengan potensi perkembangan seiring dengan permintaan pasaran.

“Selain mengukuhkan rantaian nilai Chery dan rangkaian kenderaan Jaecoo kepada pelanggan, pelancaran hari ini menjadi petanda positif bagi industri automotif dan ekonomi Malaysia. 

“Disokong oleh rangkaian servis kukuh yang dibina bersama rakan-rakan pengedar tempatan kami, Chery teruja untuk membekalkan kenderaan terbaik dalam kelasnya dilengkapi dengan teknologi inovatif dan pengalaman pelanggan terbaik ke pasaran Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, sehingga kini, Chery bertanggungjawab mencipta lebih daripada 1,000 pekerjaan di Malaysia menerusi operasi tempatannya dan jenama ini juga mempunyai

rangkaian 100 pusat jualan dan servis di seluruh negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×