Visi Malaysia jadi hab eksport automotif mampu dicapai - Utusan Malaysia

Visi Malaysia jadi hab eksport automotif mampu dicapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Visi untuk menjadikan Malaysia hab eksport automotif berpeluang tinggi untuk dicapai, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata, sebagai pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia, Malaysia telah mula menarik pelaburan bernilai tinggi dalam aktiviti hadapan.

Katanya, ini termasuk reka bentuk litar bersepadu, fabrikasi wafer dan pembungkusan termaju, bersama-sama dengan mesin semikonduktor dan pembuatan peralatan, yang akhirnya akan meningkatkan kedudukan negara dalam rantaian nilai global.

Jelasnnya, pihaknya juga menantikan hasil inisiatif seperti Projek EV Nasional oleh Perodua, pengeluaran kenderaan elektrik (EV) oleh Proton dan pembangunan Automotive High-Tech Valley (ATHV) yang mengubah permainan oleh DRB-Hicom.

“Kami mempunyai rancangan yang jelas untuk membantu membangunkan syarikat-syarikat ini untuk menjadi juara global.

“Selain usaha pengeluar jenama antarabangsa yang berpangkalan di sini, saya merasakan bahawa visi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport automotif amat boleh dicapai, yang akan melonjakkan ekosistem automotif kita ke tahap yang lebih tinggi.

“Pendek kata, di sinilah global bermula,” katanya dalam ucaptama semasa pelancaran Malaysia Autoshow 2024 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, semalam.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, MITI bersama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) akan menjalankan kajian separuh penggal Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 untuk mengambil kira kemajuan pesat dalam teknologi, khususnya dalam bidang kenderaan cekap tenaga (EEV) dan EV.

“Yakinlah, proses perundingan akan menyeluruh, meliputi pemegang kepentingan utama untuk menangani kebimbangan industri dan memanfaatkan peluang yang muncul.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk kekal relevan tetapi untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam mempromosikan ekosistem automotif Malaysia yang berkembang maju,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya