Tiada cadangan kurangkan kakitangan MAHB - Utusan Malaysia

Tiada cadangan kurangkan kakitangan MAHB

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konsortium yang bercadang mengambil alih  kepentingan dalam Malaysia Airlines Holdings Bhd. (MAHB) akan mengekalkan hak kakitangan sedia dan tiada cadangan pemberhentian pekerja.

Konsortium diterajui Khazanah Nasional Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta dianggotai anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan Global Infrastructure Partners (GIP) membuat tawaran semua saham yang tidak dimilikinya pada harga RM11.

Menurut kenyataan, Konsortium yakin pelaksanaan inisiatif akan menyokong usaha MAHB untuk menjadi pengendali lapangan terbang bertaraf dunia dan komited untuk bekerjasama dengan pengurusan MAHB dan kakitangan syarikat dalam melaksanakan inisiatif berkenaan.

“Dalam masa sama, tiada perubahan akan dibuat ke atas kadar caj perkhidmatan penumpang yang diumumkan MAVCOM pada 12 Mac 2024.

“Konsortium komited untuk terus menguruskan operasi lapangan terbang MAHB dan meningkatkan tahap perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen di Istanbul, Türkiye.

“Tawaran rasmi ke atas MAHB adalah tertakluk kepada beberapa pra-syarat tertentu dan apabila dilaksanakan, akan tertakluk kepada pemilikan sekurang-kurangnya 90 peratus modal saham diterbitkan MAHB oleh Konsortium,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya