PETALING JAYA: Ringgit dijangka melemah sehingga akhir minggu ini dari RM4.77 kepada RM4.79 dipengaruhi Indeks Dolar AS (DXY) yang terus kukuh, kata pakar ekonomi. Pada pukul 5 petang kelmarin, ringgit ditutup rendah pada 4.7680/4.7720 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7670/4.7720 ketika ditutup pada Isnin. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, DXY meningkat 0.18 peratus dalam tempoh lima hari kepada 105.892 mata dan …