Proton anjur pertandingan namakan kereta EV baharu - Utusan Malaysia

Proton anjur pertandingan namakan kereta EV baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (Pro-Net), anak syarikat sepenuhnya milik Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) mengumumkan pertandingan meneka dan menyahkod jenama Proton EV yang terbaharu.

Pengedar kenderaan tenaga baharu (NEV) berkata, pertandingan menamakan jenama Proton EV ini menandakan kesediaannya dalam pelancaran kereta elektrik pertama yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, ketika jangkaan semakin meningkat dan keterujaan semakin memuncak, pertandingan ini berfungsi sebagai bukti komitmen Proton untuk menerajui masa depan teknologi automotif di Malaysia.

“Pertandingan ini bukan hanya sekadar menamakan jenama tetapi ingin menjemput rakyat Malaysia untuk menjadi komuniti penting dalam membentuk mobiliti lestari masa hadapan.

“Proton sangat menghargai sokongan rakyat Malaysia selama 41 tahun ini dan berhasrat untuk memulakan perjalanan kenderaan elektrik (EV) ini bersama mereka yang berada di barisan hadapan dalam menerajui visi kami,” katanya dalam kenyataan.

Pro-Net berkata, pertandingan tersebut menawarkan peluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 untuk pemenang utama bersama dengan RM1,500 untuk tempat kedua dan RM1,000 untuk tempat ketiga.

Jelasnya, lima yang teratas akan diberi ganjaran, dengan setiap pemenang menerima RM100 tunai.

Ujarnya, mereka yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran di https://protonev.pronet.my serta nyahkod dan susun semula imej atau kenyataan yang diberikan.

“Peserta kemudian perlu kongsi pautan pertandingan kepada rakan-rakan untuk menyertainya.

“Pertandingan berakhir pada 5 Jun 2024. Untuk maklumat lanjut, ikuti ProtonCarsOfficial di Facebook atau @protoncars di Instagram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya