Petronas jual semua saham dalam Engen kepada Vivo Energy - Utusan Malaysia

Petronas jual semua saham dalam Engen kepada Vivo Energy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah menyelesaikan pelupusan pegangan saham sebanyak 74 peratus dalam Engen Limited kepada Vivo Energy selepas mendapat kelulusan daripada Tribunal Persaingan Afrika Selatan.

Penjualan saham Petronas itu menjadikan Vivo Energy sebagai pemegang saham utama baharu Engen Limited.

Menurut kenyataan, Vivo Energy mampu mengarahkan Engen melalui fasa pertumbuhan seterusnya sebagai sebahagian daripada syarikat induk multinasional, Vitol dengan kedudukan kukuh dalam sektor tenaga Afrika.

“Phembani Group, rakan kongsi jangka panjang Petronas di Afrika dan pemegang saham Broad-Based Black Economic Empowerment Engen, akan kekal sebagai pemegang saham dalam Engen bersama Vivo Energy,” katanya.

Petronas pertama kali memperoleh saham dalam Engen pada 1996 dan menjadi pemegang saham majoriti pada 1998.

Engen terlibat dalam pemasaran petroleum, pelincir serta cecair khusus, bahan kimia dan perkhidmatan kemudahan peruncitan.

Syarikat itu me­ngendalikan kira-kira 1,300 ste­sen servis di tujuh negara di sub-Sahara Afrika dan Kepulauan Lautan Hindi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya