MPRC bakal perkenalkan inisiatif bagi industri OGSE 

MPRC bakal perkenalkan inisiatif bagi industri OGSE 

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli (tiga dari kanan) bersama Mohd Yazid Ja’afar (kanan) ketika di Forum Ketua Pegawai Eksekutif OGSE100 di Bursa Malaysia baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) bakal lancarkan khidmat bagi perkongsian strategik dalam kalangan industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) pada suku keempat tahun ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif MPRC, Mohd Yazid Ja’afar berkata, perkhidmatan perkongsian tersebut adalah bertujuan bagi memacukan lagi nilai  pengeluaran dan pembuatan dalam sektor gas dan minyak.

Menurutnya, inisiatif tersebut diyakini akan meningkatkan meningkatkan daya tahan OGSE bagi menyediakan mereka untuk pasaran yang lebih terbuka dan dinamik.

“Kami percaya aktiviti ini akan meningkatkan daya tahan syarikat OGSE untuk menyediakan mereka bagi pasaran yang lebih terbuka dan dinamik dan kami akan berkongsi butiran lanjut dengan sewajarnya,” katanya semasa Forum Ketua Pegawai Eksekutif OGSE100 di Bursa Malaysia.

Sehubungan itu, kata beliau, setelah melancarkan Pelan Kelestarian OGSE Kebangsaan (NOS) pada 2022, MPRC akan melancarkan pelan hala tuju NOS dan memuktamadkannya dengan rangka kerja NOS.

Mengulas lanjut, beliau berkataan MPRC akan melancarkan NOS-Roadmap dan akan diakhiri dengan NOS-Framework.

“MPRC mengalu-alukan semua ketua sektor bagi industri OGSE untuk bersama-sama meneroka  dan mempertimbangkan dokumen NOS tersebut.

“Ini bagi memastikan semua pihak dapat menerima kandungan dokumen berkenaan, di mana akan dijadikan sebagai panduan membantu sektor dalam OGSE untuk merencanakan tuntutan peralihan tenaga,” katanya.

Dalam perkembangan lain,  katanya,  MPRC juga sedang menjalankan kajian separuh penggal (MTR) Pelan Tindakan OGSE.

Jelas beliau, pelan tindakan itu dirangka untuk memastikan kaitan dan penjajaran berterusannya dengan keutamaan negara dan arah aliran sektor.

“Justeru itu, MPRC bakal melancarkan OGSE Blueprint MTR tahun depan,” tambah beliau.

Dalam pada itu, katanya, industri minyak, gas dan tenaga berada pada saat yang penting yang mana  seluruh sektor berkaitan dengan industri tersebut berlumba-lumba untuk mengecapi ke arah sifar.

“Oleh itu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang jelas menetapkan matlamat MPRC dalam memikirkan kaedah bagi peralihan tenaga.

“Ini di mana kita turut mengenalpasti bagaimana minyak dan  gas boleh menyahkarbon lebih cepat, menjadi lebih cekap dan bagaimana peralihan tenaga akan dibiayai,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi permasalahan tersebut, MPRC mengumpulkan pemain industri utama dalam peralihan tenaga yang terdiri daripada badan kerajaan di sektor OGSE, pelabur dan pasaran modal.

“Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan Bursa Malaysia untuk menggalakkan aktiviti pasaran modal dalam sektor OGSE. 

“Kami juga menghargai rangka kerja dan inisiatif kepimpinan pemikiran yang telah disediakan oleh Bursa Malaysia untuk memudahkan peralihan tenaga sebagai sebahagian agenda kemampanan yang lebih luas,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN