FUJIFILM BI lancar inisiatif pacu transformasi digital PKS

FUJIFILM BI lancar inisiatif pacu transformasi digital perniagaan, PKS

DARI kiri: Tan Keh Joo, John Wong, Mitsuru Ohno dan Tirthankar Sen pada majlis pelancaran penyelesaian digital FUJIFILM IWpro dan Perkhidmatan Pakar IT FUJIFILM BI di Petaling Jaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: FUJIFILM Business Innovation (FUJIFILM BI) melancarkan dua penyelesaian digital iaitu IWpro dan Perkhidmatan Pakar IT (IT Expert Services) bagi memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam perjalanan transformasi digital mereka.

FUJIFILM IWpro adalah ruang kerja berasaskan struktur awan iaitu semua dalam satu, manaka Perkhidmatan Pakar IT merupakan perkhidmatan IT terurus yang menawarkan bantuan kepada pelanggan mengurus sokongan IT (teknologi maklumat) mereka.

Pengurus Besar, Penyelesaian Perniagaan dan Operasi Perkhidmatan FUJIFILM BI Asia Pacific Pte Ltd, John Wong berkata, pelancaran IWpro dan Perkhidmatan Pakar IT, mengesahkan komitmen Syarikat untuk memperkasa PKS Malaysia dalam menerima transformasi digital (DX).

Menurut beliau, memiliki aliran kerja yang cekap penting untuk perniagaan berkembang maju dalam landskap perniagaan yang berubah dengan pantas pada hari ini.

“Kami berharap dapat membantu perniagaan dalam mengubah gaya kerja mereka dan mengoptimumkan oeprasi melalui perkhidmatan kami,” katanya pada majlis pelancaran platform tersebut di sini.

Turut hadir, Pengurus Besar, Pemasaran dan Perancangan FUJIFILM BI, Mitsuru Ohno; Pengurus Kanan, Pemasaran Penyelesaian Serantaunya, Tan Keh Joo dan Pengurus, Pengurusan Perkhidmatan, Tirthankar Sen.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata, Syarikat menyasarkan langganan sebanyak RM8 juta untuk kedua-dua platform pada tahun ini.

Sebagai ruang kerja bersepadu, FUJIFILM IWpro memudakan kerjasama dengan penyambungan kepada pelbagai sistem sedia ada, membolehkan perkongsian data mudah dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran.

Pelbagai pengguna akan dapat mengakses dan melaksanakan pelbagai tugas data pada IWpro, yang menyediakan pengoptimuman aliran kerja, pengurusan dokumen yang cekap dan keupayaan pencetakan berasaskan awam yang serba boleh.

Sementara itu, Keh Joo berkata, IWpro mampu membantu PKS dan perniagaan meningkatkan produktiviti antara 80 hingga 90 peratus.

“Selain itu, IWpro mampu membantu mereka meningkatkan kecekapan kos,” katanya.

Tirthankar Sen pula berkata, Perkhidmatan Pakar IT membantu pakar IT dalaman pelanggan meningkatkan kecekapan, mengurangkan perbelanjaan dan jaminan keselamatan yang dipertingkatkan.

“Melalui Perkhidmatan Pakar IT, PKS akan mempunyai akses kepada pasukan IT mahir yang bukan sahaja memantau sistem, tetapi juga mengenal pasti dan menangani isu berkaitan dengan tepat pada masanya melalui Meja Sokongan dengan pemantauan dan pengurusan jarak jauh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×