PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia hari ini memeterai perjanjian untuk memperbaharui pengaturan swap dua hala (BSA) dengan Bank of Korea. Bank pusat berkata, jumlah pengaturan swap dikekalkan sebanyak RM15 bilion/KRW5 trilion, iaitu jumlah yang sama di bawah BSA yang dimeterai pada 2020. “Pengaturan swap ini adalah untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama antara kedua-dua bank pusat,” menurut kenyataan. BSA ini bertujuan untuk menggalakkan lagi perdagangan dua…










