TROPICANA Corporation Berhad (Tropicana) melalui Tropicana ALam memperkenalkan pembangunan terbaharunya iaitu Avisa Residence di Puncak Alam yang dibangun sebagai mercu tanda kehidupan moden
Pengarah Urusan Pemasaran dan Jualan dan Perniagaan Tropicana, Ixora Ang berkata, plot C fasa satu Avisa Residences yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM331.16 juta itu menawarkan rumah teres dua tingkat yang direka khas memenuhi gaya hidup dinamik keluarga masa kini.
“Avisa Residences telah berjaya terjual sebanyak 60 peratus daripada 431 unit tersedia dan dijangka siap pada suku pertama 2027 nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Katanya, Avisa Residences dijual bermula serendah RM580,000 sahaja dan menjanjikan persekitaran yang kondusif dan kehidupan yang moden.
Beliau berkata, projek itu merupakan sebuah komuniti berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan 24 jam, terdiri daripada 848 unit yang berukuran sama ada 20 kaki x 75 kaki (lot tanah terusan dan tepi) dan 63 unit yang berukuran 22 kaki x 75 kaki (lot tanah sudut),” .
“Semua unit akan diatur dalam orientasi utara-timur laut dan barat daya serta merupakan fasa pertama dalam rancangan induk Taman Bandar Tropicana Alam seluas 146.78 hektar,” ujarnya.
Jelas beliau, semua jenis unit berkongsi ciri yang konsisten seperti ketinggian lantai ke lantai yang luas sebanyak 3,200 milimeter (mm) untuk kedua-dua lantai bawah dan atas serta suasana lapang dan luas.
“Unit tanah terusan dan tepi menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik air dengan beranda kereta yang mampu memuatkan dua kereta bersebelahan.
“Manakala, unit sudut menyediakan bilik mandi tambahan dengan jumlah empat bilik air dan ruang untuk tiga kereta bersebelahan di beranda kereta,” katanya.
Beliau menambah, Unit A mempunyai kawasan keluarga yang lebih luas di tingkat pertama dan memberikan penduduk pilihan untuk mengubahnya menjadi bilik tidur tambahan untuk fleksibiliti tambahan.
“Sebaliknya, rumah Jenis B menawarkan ruang dapur yang sepenuhnya diperluas yang menghala ke sempadan belakang, meningkatkan fungsi dan keselesaan,” katanya.-UTUSAN









