Tropicana Alam anjur Konsert Raya, tampil 7 artis terkenal - Utusan Malaysia

Tropicana Alam anjur Konsert Raya, tampil 7 artis terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tropicana Alam di bawah Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) bakal menganjurkan Konsert Flash Raya 2024 bertemakan “Ikatan Merentasi Generasi” dengan tujuh barisan artis terkenal dari Malaysia dan kerjasama dengan Warner Music Malaysia.

Tujuh artis itu seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Andi Bernadee, Syamel, Tuju, Bunga, dan Masdo yang akan memeriahkan konsert itu, seiring dengan moto Tropicana “Mencipta Semula Seni Hidup”, diadakan pada Sabtu, 27 April 2024 di Galeri Hartanah Tropicana Alam.

Pengarah Urusan Pemasaran & Jualan dan Pembangunan Perniagaan Tropicana, Ixora Ang, berkata, Tropicana gembira menjadi tuan rumah acara itu pada musim perayaan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan tema Raya kami ‘Ikatan Merentasi Generasi’, kami berharap memberi impak positif kepada masyarakat dengan barisan persembahan yang menarik, pelbagai makanan, minuman, permainan dan aktiviti yang menyeronokkan.

“Konsert ini akan berada di bandar baharu kami iaitu Tropicana Alam dan tetamu boleh melihat Residensi Avisa, rumah teres moden 2 tingkat,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, Tropicana mensasarkan untuk menyambut lebih dari 5,000 penonton untuk Konsert Flash Raya itu.

Ixora menambah, konsert itu turut mempunyai permainan karnival yang terdapat cabutan bertuah misteri dengan hadiah-hadiah hebat untuk dimenangi.

“Antara hadiah itu adalah TV Sharp, vakum Dyson, iPad mini Apple, kamera polaroid Fujifilm, mesin Nespresso, earbuds Samsung, Xiaomi Band 8 dan bantal Ogawa,” katanya.

Katanya, orang awam turut boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej pemilikan rumah Tropicana dan mendaftar untuk menebus tiket percuma.

“Cepat, daftar sekarang untuk menebus tiket percuma anda di https://www.eventbrite.com/e/flash-raya-concert-2024-tickets-877098775047,” katanya.

Tropicana Alam merupakan sebuah bandar yang terletak di Puncak Alam dengan lapan penawaran unik, termasuk laluan joging tepi tasik, tasik landskap lima ekar, taman pusat 4.5 ekar, komuniti berjaga dengan satu titik pintu masuk, reka bentuk luas, mudah ke lebuh raya utama, dekat dengan kawasan komersial dan dikelilingi dengan kemudahan moden. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini