Toyota Yaris G Limited ditawarkan pada harga bermula RM99,600

Toyota Yaris G Limited ditawarkan pada harga bermula RM99,600

TOYOTA Yaris G Limited ditawarkan hanya 600 unit sahaja di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan hatchback segmen-B, Toyota Yaris G Limited yang ditawarkan pada harga bermula RM99,600 di atas jalan tanpa insuran.

Menurut kenyataannya, versi tersebut ditawarkan secara terhad dengan hanya 600 unit di Malaysia dan ditampilkan dengan inovasi automotif, yang menawarkan peningkatan prestasi lebih baik, pengendalian yang dipertingkatkan dan reka bentuk yang bergaya.

UMWT berkata, ditetapkan sebagai penanda aras baharu bagi pasaran hatchback segmen-B bukan nasional, Yaris G Limited tersedia dalam pelbagai warna, termasuk pakej dalaman dua tona Sporty untuk disesuaikan dengan gaya hidup dan prestasi.

Model ini didatangkan dengan waranti perbatuan tanpa had selama lima tahun penuh, selain dilengkapi dengan perlindungan komponen prestasi selama satu tahun atau 20,000 kilometer (km), bagi memastikan tahap jaminan tambahan untuk pengalaman pemanduan lebih baik.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K Ravindran berkata, Yaris G Limited adalah bukti komitmen Toyota untuk menjangkau sempadan dan mentakrifkan semula pengalaman pemanduan.

“Dengan ciri canggih dan keupayaan dinamiknya yang meningkatkan barisan Yaris yang sedia ada, versi G Limited menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih baik, memenuhi permintaan pelanggan yang mencari gabungan kecanggihan dan keseronokan,” katanya.

Beliau berkata, melengkapkan kejuruteraan mantap, Yaris G Limited hadir dengan sistem suspensi yang ditala untuk meningkatkan keupayaan selekoh dan responsif, memberikan prestasi pemanduan yang lebih sporty pada setiap selekoh.

“Selain itu, casis menerima gabungan terbaik dengan cengkaman tayar yang lebih baik dan kawalan stereng yang tepat memastikan pengendalian dan membolehkan pemandu berasa terhubung sepenuhnya dengan jalan raya.

“Dilengkapi dengan pelbagai peningkatan prestasi, Yaris G Limited memberikan pemanduan dan pengendalian yang fleksibel, serta kuasa yang dipertingkatkan yang memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan,” ujarnya.

Tambahnya, mendapat inspirasi daripada sejarah meluas Toyota dalam sukan permotoran, Yaris G Limited dengan bangganya memakai lambang ‘LIMITED’, melambangkan status eksklusif dan prestasinya.

Jelasnya, model edisi terhad itu menawarkan prestasi dan gaya yang dipertingkatkan, melambangkan komitmen Toyota untuk memberikan pengalaman pemanduan yang menggembirakan untuk semua.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×