PETALING JAYA: Tabung Haji (TH) dijangka akan mengumumkan agihan keuntungan untuk 2023, pagi esok. Tahun lalu, TH mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus bagi 2022 dan dimanfaatkan kira-kira 8.7 juta pendepositnya. Agihan keuntungan bagi tahun lalu berjumlah RM2.65 bilion berbanding RM2.46 bilion pada 2021. Sebelum ini, TH membuat agihan keuntungan selepas zakat masing-masing sebanyak 1.25 peratus pada tahun kewangan 2018, 3.05 peratus (2019) dan 3.10 peratus (2020 dan 2021). Penganalisis…