PCG komited kukuh strategi operasi tahun ini - Utusan Malaysia

PCG komited kukuh strategi operasi tahun ini

MAZUIN Ismail (paling kiri) bersama Pengerusi PCG, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim dan Ketua Pegawai Kewangan, Mohd. Azli Ishak bersama dengan Pengarah Bebas Kanan/Pengerusi Jawatankuasa Audit, Yeoh Siew Ming pada AGM ke-26 PCG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) komited mengukuhkan strategi operasi dan menerokai peluang pertumbuhan baharu walaupun menjangkakan 2024 akan terus menjadi tahun yang mencabar.

Pengukuhan prestasi operasi adalah menerusi strategi kebolehpercayaan loji yang merangkumi keutamaan risiko aset dan pelaksanaan penyelenggaraan proaktif untuk mengurangkan kejadian yang tidak dirancang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail berkata, pihaknya akan terus memupuk hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan untuk memastikan PCG menyampaikan produk dan penyelesaian selaras dengan permintaan pasaran yang dinamik.

“Kumpulan juga memajukan usaha kelestarian dengan mengurangkan jejak alam sekitar dan terus mengejar aspirasi pelepasan sifar bersih selaras dengan Pelan Hala Tuju Pelepasan Sifar Bersih Karbon (NZCE) 2050 kumpulan.

“Melalui usaha-usaha ini, PCG akan berada di kedudukan yang baik dan lebih lincah untuk mengambil peluang selaras dengan kitaran kenaikan ekonomi yang dijangkakan apabila permintaan menjadi selari dengan bekalan,” katanya dalam kenyataan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26 PCG, semalam.

Mengulas pencapaian tahun lalu, beliau berkata, PCG berjaya meraih pencapaian syarikat melalui perolehan fasa sedia untuk memulakan operasi (Ready for Start-Up) untuk dua loji baharu di Malaysia iaitu loji etoksilat khusus dan poliol polieter khusus di Kerteh, Terengganu, dan loji lateks butadiena nitril (NBL) di Pengerang, Johor.

“Loji di Kerteh akan membolehkan PCG memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk kusyen (foam) dalam sektor automotif, produk pembersihan dan penjagaan diri.

“Selain itu, pengeluaran NBL membolehkan PCG mengambil peluang dalam pasaran sarung tangan lateks global, lantaran dengan status Malaysia sebagai pengeluar sarung tangan terbesar di dunia,” katanya.

Mazuin menambah, terdapat juga beberapa perkembangan baharu di bawah platform bahan kimia khusus PCG, melalui anak syarikatnya, Kumpulan Perstorp (Perstorp) dan Kumpulan BRB (BRB).

Katanya, Perstorp juga telah menyelesaikan pembinaan loji Sayakhanya di India pada 2023 untuk pengeluaran Pentaerythritol (Penta) dan VoxtarTM M40 yang disahkan oleh International Sustainability and Carbon Certification (ISCC) PLUS bagi memperkukuhkan kedudukan pasarannya di rantau Asia Pasifik.

Beliau berkata, BRB mengukuhkan keupayaan dengan memasuki industri makanan melalui pensijilan utamanya untuk keselamatan makanan di Malaysia.

“Dalam pada itu, BRB mengembangkan jejak globalnya serta memulakan operasi penuh loji bahan tambahan minyak pelincir dan bahan kimia (LAC) baharunya di Belanda, sambil mengukuhkan kehadiran pasarannya di UK dan Korea Selatan,” ujarnya

Mazuin berkata, PCG turut mengorak langkah yang penting dalam agenda Ekonomi Sirkular dalam menyumbang kepada ekosistem plastik yang lestari melalui pembinaan loji kitar semula kimia termaju di Pengerang, Johor.

“Plastik akhir hayat untuk loji ini akan dikumpul daripada seluruh Malaysia dengan matlamat mengurangkan pembuangan plastik ke tapak pelupusan sampah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN