Liberty tawar keperluan insurans hartanah

Liberty tawar keperluan insurans hartanah

PUNEET PASRICHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

Teknologi telah pun merevolusikan landskap insurans di Malaysia dan proses ini akan berterusan selaras dengan kemajuan dalam bidang ini.

Dengan itu, Liberty General Insurans sentiasa berusaha untuk menyepadukan teknologi terkini ke dalam perkhidmatan dan produknya, termasuk dalam sektor hartanah.

Ikuti temu bual Utusan Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif Liberty General Insurance Berhad, Puneet Pasricha mengenai revolusi insurans hartanah di negara ini.

 

UTUSAN: Memandangkan kejadian banjir yang berterusan di bahagian tertentu di negara ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini, apakah kesan terhadap permintaan insurans harta yang dapat anda perhatikan?

PUNEET: Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah kejadian banjir di Malaysia akibat hujan lebat telah meningkat, terutamanya pada tahun 2021 yang ditandakan sebagai ‘banjir besar satu dalam 100 tahun’.

Walaupun banjir merupakan bencana alam tahunan yang paling kerap melanda negara, data Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan bahawa hanya 36 peratus daripada keseluruhan kerugian ekonomi akibat banjir yang berlaku pada Disember 2021 telah diinsuranskan. Ini menunjukkan kekurangan perlindungan insurans yang ketara dalam segmen ini di Malaysia.

Bagaimanapun, berikutan kejadian tersebut, kajian Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah mendedahkan bahawa terdapat peningkatan permintaan sebanyak ~30 peratus untuk perlindungan banjir pilihan dalam polisi kebakaran tahun lepas.

Walaupun insurans banjir lazimnya menjadi sebahagian daripada tawaran insurans Liberty, kejadian baru-baru ini mungkin telah meningkatkan permintaan untuk insurans banjir bagi semua sektor, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada risiko banjir. Tambahan lagi apabila orang ramai menyaksikan kemusnahan yang boleh diakibatkan oleh banjir, dari segi fizikal dan kewangan, dan dengan itu lebih cenderung untuk mengambil langkah pencegahan, terutamanya untuk pelaburan bernilai tinggi seperti hartanah.

Kami menjangkakan bahawa pemilik rumah, terutamanya mereka yang berada di kawasan risiko banjir, lebih cenderung untuk meningkatkan perlindungan yang termasuk dalam polisi insurans pemilik rumah mereka tahun ini kerana kesedaran tentang perlindungan banjir yang semakin meningkat.

Selain daripada perlindungan asas untuk kerosakan harta benda akibat banjir dan bencana lain, pemilik rumah juga harus menyemak polisi mereka secara terperinci untuk memastikan mereka mendapat perlindungan terbaik berdasarkan situasi masing-masing.

Bagi mereka yang inginkan polisi yang lebih komprehensif, pemegang polisi juga harus mempertimbangkan untuk memasukkan perlindungan bagi aset rumah seperti peralatan elektrik dan barangan berharga.

Apabila ‘monsun musim sejuk’ timur laut melanda negara pada Februari 2021, Liberty Insurance membuat pembayaran yang besar sebanyak RM2.1 juta kepada individu dan perniagaan yang terjejas akibat banjir, dan proses tuntutan banjir juga dipercepatkan dalam tempoh dua hingga tiga hari berbanding dengan tempoh biasa iaitu tujuh hari. Ketika mereka mencari perlindungan di pusat pemindahan dan memulihkan aset yang terjejas, kami di Liberty General Insurance Berhad berusaha untuk menyokong semua pelanggan kami yang terkesan.

 

Dengan timbulnya isu kemampuan yang menjadi kebimbangan ramai pembeli hartanah kali pertama, apakah perspektif anda tentang isu perlindungan insurans tidak mencukupi (underinsurance) yang berterusan dalam pasaran hartanah Malaysia?

Dengan kenaikan harga hartanah yang semakin tinggi di seluruh negara, ditambah pula dengan kemelesetan ekonomi baru-baru ini, pembeli hartanah kali pertama mungkin berusaha untuk mengurangkan kos mengikut kemampuan mereka. Terdapat banyak pihak yang mengatakan pada hakikatnya bahawa golongan muda hari ini tidak mampu menanggung kos pemilikan rumah. Malangnya, insurans adalah salah satu bahagian yang sering dilupakan sehingga ia diperlukan dan lazimnya pada masa itu, ia sudah terlambat.

Walaupun polisi insurans rumah asas mungkin mencukupi di sesetengah negara, iklim tropika Malaysia dengan peningkatan jumlah kejadian banjir menunjukkan bahawa pelan insurans rumah yang menyeluruh adalah sesuatu yang penting, tidak mengira sama ada harta itu untuk tujuan penginapan sendiri atau pelaburan.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menunjukkan bahawa Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM600 juta pada tahun 2022 akibat banjir, yang mana perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada pelanggan adalah bergantung kepada polisi sedia ada yang mereka miliki.

Memandangkan kami menjangkakan bahawa isu kemampuan akan terus menjadi faktor kebimbangan yang utama bagi pemilik hartanah pada tahun 2024 disebabkan peningkatan kos pembinaan, Liberty General Insurance Berhad menawarkan pelbagai polisi fleksibel yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan situasi pelanggan kami, selaras dengan moto kami yang sentiasa mengutamakan pelanggan.

Kami juga menghargai usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko banjir di negara ini.

 

Pasaran hartanah mempunyai pelbagai segmen seperti kediaman, komersial dan perindustrian. Bagaimanakah Liberty menyesuaikan penyelesaian insuransnya untuk memenuhi keperluan khusus setiap segmen?

Walaupun setiap hartanah yang berbeza mempunyai persamaan dalam dasar polisi insurans yang kami tawarkan, kami juga menyedari akan keperluan dan cabaran yang unik dalam setiap sektor pasaran hartanah untuk memberikan perlindungan optimum.

Sebagai contoh, di Liberty General Insurance Berhad, kami menawarkan polisi pemilik rumah yang melindungi pemilik rumah daripada pelbagai jenis bahaya, termasuk bencana alam, impak tiba-tiba dan kemalangan, yang boleh menyebabkan kerosakan pada struktur rumah.

Insurans isi rumah di mana pemegang polisi, termasuk penyewa, boleh melindungi setiap aspek rumah mereka daripada bahaya semula jadi, bencana mengejut dan sebarang keadaan tidak dijangka yang mungkin timbul dari masa ke semasa, termasuk kehilangan atau kerosakan pada isi kediaman akibat kebakaran atau kecurian.

Pakej insurans komprehensif semua dalam satu kami – ‘BizCare’, di mana pemilik perniagaan akan dilindungi secara menyeluruh termasuk kebakaran, risiko kemalangan, pecah rumah dan kerugian wang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN