Julat pertumbuhan pinjaman diunjur 5.5 hingga 6.0 peratus

Julat pertumbuhan pinjaman diunjur 5.5 hingga 6.0 peratus

PERTUMBUHAN pinjaman dalam sektor perbankan dijangka meningkat sebanyak 5.5 peratus hingga 6.0 peratus tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research mengunjurkan julat pertumbuhan pinjaman dalam sektor perbankan sebanyak 5.5 peratus hingga 6.0 peratus  pada 2024.

Firma penyelidikan itu berkata, unjuran itu melepasi unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalamannya sebanyak 4.5 peratus hingga 5.0 peratus  kerana pinjaman isi rumah boleh kekal memberangsangkan. 

“Tekanan margin faedah bersih (NIM) dijangka berkurangan dengan pertumbuhan pinjaman yang utuh, walaupun dengan panduan menyederhana.

“Pelabur dijangka akan berpusu-pusu masuk ke sektor ini, terutamanya dalam modal besar, sekali gus kos kredit tidak menjadi kebimbangan besar,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, syarikat korporat tertentu menjangkakan pemampatan berterusan dalam NIM sebelum ia meningkat ke tahap yang lebih mampan.

Tambah firma itu, bank pilihan teratasnya  bagi suku kedua 2024 ialah Public Bank Bhd. (OP; TP: RM5.10) dengan persepsi daya tahan tertinggi dengan jangkaan lebih cerah untuk hapus kira.

Katanya, ia diikuti oleh RHB Bank (OP; TP: RM7.25) sebagai peneraju dividen baharu sambil disokong oleh baki CET-1 yang besar, dan Alliance Bank Malaysia Berhad  (OP; TP: RM4.30) untuk asasnya yang mampan mengatasi nama bermodal lebih besar tertentu, walaupun merupakan bank tersenarai terkecil.

Jelasnya, Kadar Dasar Semalaman (OPR) turut  dijangka berada dalam keadaan mantap pada 3.00 peratus sepanjang 2024 dengan makro yang menjulang berkemungkinan cenderung kepada pelarasan yang menurun. 

“Kami terus menjangkakan OPR akan berada dalam keadaan mantap 3.00 peratus sepanjang 2024 dengan kecenderungan menurun yang lebih besar mengikut arah sekiranya Bank Negara Malaysia  memilih pelarasan,” katanya.

Tambahnya, ini disebabkan ringgit melemah mungkin menjadi beban kepada rantaian bekalan domestik. 

“Selain itu, kawalan monetari yang lebih ketat mungkin tidak wajar dengan peningkatan dua mata peratusan dalam cukai perkhidmatan bagi kategori terpilih, pelaksanaan cukai mewah serta subsidi bahan api bersasar akan menimbulkan tekanan inflasi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN