Avis tawar sewa EV sempena Aidilfitri

Avis tawar sewa EV sempena Aidilfitri

avis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Avis Malaysia menawarkan pelbagai pilihan kereta elektrik kepada pelanggan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan kadar sewa serendah RM178 sehari.

Ketua Pegawai Operasi Avis Malaysia, Mohd Syahrul Yusuf berkata, pelanggan boleh menikmati pengalaman memandu kereta elektrik dan menikmati perjalanan pulang ke kampung yang mesra alam.

“Terdapat beberapa model terkini yang disediakan seperti BYD Atto 3 dan Dolphin, Audi Q8 E-Tron, Smart#1 dan Tesla Model Y dan Model 3.

“Cuti Hari Raya merupakan masa yang sangat tepat untuk memberi peluang kepada pelanggan memandu beberapa model terkini kereta elektrik dengan harga yang lebih murah,” ujarnya.

Tambah beliau, inisiatif ini dapat memperluaskan jurang dalam memenuhi tuntutan pengguna semasa memandu, dalam masa sama dapat menyumbang kepada gaya hidup yang lebih hijau.

“Avis Malaysia turut menawarkan pengalaman yang lebih lancar kepada pelanggan dengan menyediakan pakej pajakan lengkap yang disesuaikan dengan keperluan dan keselesaan individu sewaktu pulang ke kampung.,”ujarnya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Avis Malaysia dengan pelbagai perkhidmatan sewaan dan pajakan, pelanggan boleh melayari http://www.avis.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN