PETALING JAYA: AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) menetapkan matlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus kadar pengisian portfolionya menjelang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2025 (FY2025). Pengarah Urusan AmanahRaya REIT, Tunku Rozita berkata, matlamat yang berani itu mencerminkan komitmen AmanahRaya REIT memaksimumkan nilai bagi pemegang unit dan mengukuhkan kedudukannya sebagai REIT tersenarai di Bursa Malaysia. “Peningkatan kadar pengisian untuk Menara Vista dijangka dapat mengukuhkan secara ketara potensi pendapatan…










