PETALING JAYA: Pengeluar keluli bersepadu, Malaysia Steel Works (KL) Bhd. (Masteel) melantik Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 1 Mac 2024. Menurut kenyataan, Syed Mohamed membawa lebih 40 tahun pengalaman menerajui organisasi terkemuka merentasi pelbagai industri, memacu pertumbuhan yang mampan di peringkat global dan di Malaysia. Beliau mempunyai kepakaran merangkumi perbankan, pembangunan hartanah, teknologi dan strategi perniagaan. “Beliau kini berkhidmat sebagai…










