SPCAAM: Isu buruh perlu diselesaikan segera

SPCAAM: Isu buruh perlu diselesaikan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menegaskan isu buruh yang lama ditindas sepatutnya wajar diambil perhatian segera.

Penasihat Buruh Antarabangsa (SPCAAM), Callistus Antony D’Angelus berkata, sistem yang direka bentuk untuk bekerja dengan memihak kepada perniagaan khususnya kepada perniagaan besar sudah berlaku sejak dulu.

Menurutnya, dalam masa yang sama, gaji minimum yang diperoleh di negara ini jauh ketinggalan daripada yang sepatutnya dengan kos sara hidup.

“Isu ini adalah berkaitan dengan dasar yang memudahkan dan menggalakkan tahap upah yang lebih sedikit untuk golongan berpendapatan rendah. 

“Penyekatan perundangan dan mekanisme yang diperkenalkan selama bertahun-tahun cuma untuk melemahkan kesatuan sekerja dan hak tawar-menawar bagi pekerja,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tambah beliau,  secara keseluruhannya sistem tersebut hanyalah berfungsi untuk merugikan golongan berpendapatan rendah yang bekerja dalam negara.

Katanya, majikan yang menyalahgunakan penggunaan pekerja asing dengan tidak membayar gaji sepatutnya atau terlibat aktiviti anti-kesatuan, berasa berani untuk berbuat demikian kerana  mengambil mudah sistem tersebut.

Sebagai mewakili suara buruh di Malaysia, pihaknya berasa lega berhubung perkara berkaitan buruh dibangkitkan semula di Parlimen, sekali gus memperlihatkan ahli Dewan Rakyat yang menyuarakan isu itu melihat kepentingan rakyat secara meluas.

Peranan kerajaan dan Parlimen adalah untuk memperbaiki ketidakseimbangan ini dalam tempoh terdekat. Ini kerana, krisis kos sara hidup yang teruk memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah. 

“Sistem kini hanya membenarkan penyalahgunaan tersebut iaitu melibatkan proses kehakiman yang menimbulkan kelewatan dan  bayaran mahal, akan  lebih memihak kepada majikan,” katanya.

Justeru, kata beliau, kerajaan tidak seharusnya menggunakan sistem itu sebagai ‘perisai’ untuk melakukan yang betul perkara untuk pekerja dalam negara.

Katanya, kerajaan sepatutnya menaikkan gaji minimum ke tahap yang sesuai dan menggubal undang-undang bantuan terutamanya pada hari perayaan bagi golongan B40 dan M40, ekoran kos perbelanjaan yang tinggi.

Beliau menambah, kerajaan perlu bertindak tegas dalam memastikan kesatuan sekerja tidak perlu melawan sistem  tersebut sepanjang masa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×