Senheng, Huawei, AlPusar Technologies perkenal pengecas EV - Utusan Malaysia

Senheng, Huawei, AlPusar Technologies perkenal pengecas EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senheng® Electric (KL) Sdn. Bhd. mengumumkan perkongsian strategik dengan teknologi global terbesar, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. (Huawei Malaysia) dan penyedia penyelesaian Industri 4.0 APulsar Technologies.

Kerjasama tersebut merupakan pengenalan berkaitan pengecas kenderaan elektrik (EV) Huawei yang ditetapkan untuk memangkin penggunaan kenderaan elektrik di seluruh negara dan mewujudkan piawaian baharu untuk kemajuan negara ke arah penggunaan tenaga bersih.

Dengan menyepadukan pengecas EV ke dalam portfolio pengedarannya yang luas, Senheng memainkan peranan penting dalam mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber tenaga tradisional serta membuka jalan ke arah masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan untuk semua rakyat Malaysia.

Presiden Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd., Lim Kim Chieng berkata, pihaknya sentiasa bercita-cita untuk berada di barisan hadapan dalam teknologi dan inovasi.

“Dengan membawa masuk pengecas EV Huawei kepada pelanggan kami, ini menunjukkan yang kami bukan sekadar menjual produk, tetapi kami juga mempromosikan perubahan gaya hidup ke arah kemampanan yang lebih besar dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

“Inisiatif ini selaras dengan visi kami untuk masa depan Malaysia yang lebih hijau dan menunjukkan komitmen kami untuk menyumbang secara positif kepada matlamat alam sekitar negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Pengecas AC FusionCharge Huawei termasuk 7 kilowatt (kW) fasa tunggal dan 22kW fasa 3 model ini direka untuk pemasangan yang mudah bagi kedua-dua tetapan iaitu untuk kediaman mahupun komersial.

Pengecas tersebut mewakili teknologi pengecasan EV yang canggih dan menjanjikan penyelesaian pengecasan yang lebih pantas serta mudah untuk pemilik kenderaan elektrik.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Kuasa Digital Huawei Malaysia, Chong Chern Peng berkata, beliau menekankan kepentingan kerjasama ini dilaksanakan dalam pelan hala tuju industri automotif, kenderaan elektrik dianggap sebagai masa depan industri automotif.

“Disebabkan oleh lonjakan permintaan untuk kenderaan elektrik di pasaran Malaysia meningkat, keperluan untuk menyediakan lebih banyak pengecasan EV telah
menjadi satu keperluan.

“Senheng merupakan salah satu rangkaian kedai elektronik terkemuka di negara ini dan kami percaya dengan menambah penyelesaian pengecasan EV termaju kami kepada penawaran produk mereka di Malaysia, pelanggan akan mempunyai akses yang lebih besar kepada teknologi,” katanya.

Bagi mencapai neutraliti karbon, usaha sama semua pemain industri dan pihak berkepentingan amat diperlukan.

“Huawei Malaysia akan kekal terbuka untuk berkolaborasi dan bekerjasama dengan rakan kongsi merentasi rantaian nilai industri, organisasi industri dan organisasi standard untuk mencapai matlamat ini,” katanya.

Pengarah Urusan APulsar Technologies, Justin Kao turut menyatakan sokongannya terhadap inisiatif EV Malaysia, mereka komited untuk menyokong inisiatif kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik dengan menjadikan pengecas EV lebih mudah didapati dan berpatutan.

“Kami amat berbesar hati untuk memudahkan kerjasama antara dua syarikat besar industri, Huawei dan Senheng.

“Kerjasama ini akan memperkasakan pemilik kenderaan elektrik dengan akses seluruh negara kepada salah satu pengecas EV yang pintar dan dipercaya di pasaran,” katanya.

APulsar Technologies juga menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional yang komprehensif dan sokongan teknikal untuk memastikan pelanggan menikmati integrasi pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Kerjasama antara Senheng, Huawei dan APulsar Technologies bukan sahaja menandakan komitmen bersama untuk memajukan teknologi mampan, tetapi juga menekankan kepentingan usaha kolektif merentasi pelbagai sektor untuk mencapai neutraliti karbon.

Huawei Malaysia kekal berdedikasi untuk memupuk kerjasama dan kolaborasi dengan rakan kongsi industri dan organisasi untuk merealisasikan matlamat alam sekitar ini.

Pengecas Kereta EV Huawei kini boleh didapati di semua cawangan Senheng dan senQ di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya